Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 14 January 2017

Upcoming Events


Berikut adalah beberapa acara yang akan dijalankan dalam mingu2 hadapan. Jika ada kelapangan, sila datang beramai ramai untuk mendengar pencerahan tentang isu2 semasa. Terima Kasih.





Read more...

Tuesday, 10 January 2017

Peneroka dibawah sistem Perompakrasi.



Ini ialah artikel yang ke-10 mengenai isu Felda. Harap artikel2 ini dapat menyedarkan aktivis felda dan peneroka. Saya berharap tulisan ini dapat membuka minda orang Felda supaya memikir masa depan jenerasi ke2 anak peneroka. 
Setelah artikel ini, saya akan berhenti menulis seketika. Saya hanya akan memberi notis memohon bantuan dari pembaca. Pusat Khidmat saya memerlukan sumbangan dalam bentuk pampers dewasa bolehbuang/disposable adult pampers, pakaian2 lebihan, susu analene, beras dan seumpamanya. Barang2 ini akan diagihkan kepada masyarakat dalam daerah Raub tanpa mengira bangsa , kaum dan agama. Saya sedang mengatur senarai penyelaras yang akan menerima sumbangan2 para pembaca. saya berharap mendapat sokongan daripada pembaca untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita peduli akan kesusahan mereka. 
**************************************
Terima kasih.

Bayangkan- jika ‘peneroka’ yang memiliki 91.2 juta saham FGV menjual kesemua saham mereka bila harga mencecah RM5.30, secara kolektif, peneroka mendapat RM483 juta. Untung mereka setelah tolak kos belian ialah RM68 juta. Tentulah peneroka secara kolektif akan melompat keriangan. Bolehlah mereka melaung Najib pembuka jalan rezeki.
Kakitangan felda yang mendapat 109.4 juta saham, jika menjual pada RM5.30 memperolehi 579.82 millon. Untung setelah tolak kos belian ialah RM82 juta.
Tapi bumiputera yang diperakui oleh MITI dapat 11.5% saham atau 419.50 juta unit. jika mereka ini menjual pada RM5.30, pendapatan mereka ialah 2.223 billion. Untung mereka pada harga RM5.30 ialah 314.27 juta. Mereka ini golongan elit Melayu yang paling kurang ada RM3 juta dalam simpanan bank mereka. Najib tahu mereka boleh beli saham FGV dan bermain dalam pasaran saham. Apalah sangat RM3 juuta jika wang diperolehi dari jawatan KSU, TKSU atau pengarah itu dan ini, ada bermilion. Sehingga tidak tahu mahu simpan dimana. Pemain pasaran saham ini tentu sudah jual ketika harga share FGV mencecah RM5.30. Pemain pasaran saham yang menggunakan nama peneroka pun tentu sudah jual. 
peneroka yang lurus bendul, membeli saham dengan meminjam wang, tersadai telanjang menutup kemaluan dengan tangan.
Keuntungan warga felda kesemua nya( RM150juta) tidak dapat menyamai keuntungan kelompok bumiputera istimewa yang dipilih oleh MITI.
Jadi kelompok bumiputera mana yang diutamakan oleh Najib? Peneroka yang haramjadah atau kelompok istimewa yang tidak pernah pun menjenguk mana2 rancangan felda?
Sepatutnya sudah jelas dan terang kepada peneroka felda, siapa yang Najib utamakan.
Ternyata, dalam penyenaraian pun, warga felda- peneroka dan perkerja dipinggirkan. Itulah rasmi yang mewarnai urusan niaga  felda dan fgv seterusnya- yakni warga felda dipinggirkan dan dibelakangkan.
Itu juga dasar najib. Mengutamakan elit Melayu dan meminggirkan rakyat biasa. Dalam kes ini, warga felda.
Itupun orang Felda melompat kegembiraan bersorak berpasal, menyatakan Najib ialah pilihan Tuhan.
jika peneroka diutamakan, tentulah mereka mendapat bahagian terbesar dalam FGV. Warga felda- peneroka dan kakitangan , mendapat 5.5% dari jumlah saham yang ditawarkan.
Tapi, warga felda tidak belajar dan sedar- kesusahan peneroka pada peringkat individu janganlah dijadikan alasan untuk mendapat sokongan rakyat secara umum. Bukanlah hanya peneroka yang mengalami kesusahan. Orang diluar sana, tidak kira bangsa, semua mengalami kesusahan yang sama. Mereka juga berdepan dengan kos kehidupan yang meningkat dan sumber pendapatan yang terhad. Orang dibandar ada yang berpendapatan hanya RM500-600 dan mereka memakan, memakai, berlindung dibawah iklim ekonomi yang menekan; harga makanan naik, harga pakaian naik dan harga rumah sungguh menakutkan.
Sebetulnya, jika orang Felda hendak tahu- orang umum melihat masalah orang felda sebagai merengek sahaja. Bertelingkah mengenai kadar perahan- boleh diselesaikan di mahkamah, bersungut mengenai bayaran yang tidak dibuat dalam bulan semasa boleh diselesaikan dengan mendesak pengurusan, elaun sara hidup yang tidak mencukupi,  boleh lagi berbincang dengan pihak Felda.
Ini semua bahan2 merengek sahaja. Kecuali warga Felda menyertai usaha masyarakat dan rakyat yang lebih luas yakni menukar kerajaan yang ada sekarang, barulah, perjuangan orang felda sama dengan perjuangan orang luar felda.
Kalau kita hendak maju, mesti ada keseragaman antara kepentingan warga felda dengan kepentingan rakyat diluar felda.
Masaalah dan musibah yang menimpa warga Felda disebabkan pemimpin negara yang tamak, rasuah, zalim, tidak boleh dipercayai. Melanggar batas kebebasan mengurus negara dan seterusnya.
Keseragaman yang kita maskudkan, ialah warga felda juga mesti ada kebencian terhadap pemimpin yang rasuah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, menzalimi rakyat, mencabuli kuasa yang ada, dan melanggar batas kebebasan yang kita amanahkan kepada pemimpin. Kita samua mahu benamkan kerajaan yang tidak adil, yang tidak cekap, yang dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan membelakangkan rakyat.
Masalah peneroka ialah masaalah kecil yang merupakan sebahagian dari masaalah yang lebih besar- yakni berada dibawah kerajaan yang mengamalkan amalan perompakrasi. Merompak, melanun dan mencuri. Felda, tanah peneroka, harta benda peneroka, masa depan peneroka semua akan dirompak.
Negara yang maju ialah negara  yang membentuk peraturan2 samaada berpunca dari ajaran agama atau moral, supaya kita tidak melakukan kemungkaran- jangan buat itu dan ini- jangan rasuah, jangan ambil harta rakyat, jangan cabul undang2 , jangan membelakangkan kepercayaan yang diberi. Seruan2 bersifat negatif—jangan itu dan ini lebih mendorong manusia bertindak daripada seruan2 bersifat positif- buat itu dan ini.Secara semula jadi, manusia itu membenci kemungkaran dan lebih memahami bila ianya terjadi.
Usaha warga felda untuk membetulkan kerosakan, untuk membaiki kehidupan mereka pada peringkat individu, mesti beroperasi dibawah system melawan ketidakadilan yang lebih luas. Jka hanya selesai masaalah peringkat felda tanpa menyelesaikan system yang menyebabkan masaalah tersebut, keadaan masyarakat felda tidak akan berubah.
System yang sama juga akan terus meminggirkan warga felda. Felda memutuskan untuk beli eagle high plantations, kepentingan peneroka tidak masuk dalam perhitungan. Felda lebih terdorong oleh kepentingan bisnes peringkat korporat dari mahu membebankan diri memikir masaalah peneroka.
Orang felda mesti ada dalam hati mereka- kebencian terhadap perkara2 yang tidak adil. Kerana ragam dan resam manusia dimana2 serupa- meraka lebih terdorong dan bersemangat untuk memperjuangkan nilai2 yang bersifat anti kemungkaran.
Peneroka felda mesti melihat musibah yang melanda mereka sebagai akibat dari system perompakrasi yang Najib dan UMNO amalkan.

Read more...

Sunday, 8 January 2017

Ganyang KPF, ganyang Maruah Peneroka.



Khianat keatas FGV menjatuhkan maruah peneroka. Saya percaya inilah yang telah terjadi keatas peneroka. saya bukan anak peneroka- tapi saya berkecimpong dan bergaul dengan warga peneroka di Felda Chini, Pekan. Bertahun saya melakukan kegiatan politik disana dan sedikit sebanyak tahu akan gaya hidup dan pemikiran peneroka.
Bila isa samad ditegah oleh mahkamah daripada menjadi pengerusi KPF, dia meletakkan proxy nya sebagai Pengerusi. Isa samad bukan kakitangan felda. Dia juga bukan anak peneroka. Dia hanya cukgu sekolah yang mula nya enggan jadi wakil rakyat. Ketika itu elaun wakil rakyat kurang daripada gaji guru. Tengku Razaleigh yang menyokong Isa jadi wakil rakyat.
Hari ini Isa Samad kaya raya. Dia datang ke parlimen pakai kereta maserati. Ini tanda kejayaan Melayu. Orang Melayu pun berkata- apa salah nya jika Melayu pun pakai Maserati, Cina boleh? Maka semua orang Melayu mengagungkan kejayaan seperti ini.Somehow, orang Melayu kita ini tertarik dengan tokoh2 lanun dan pencuri.
Mesti ada kaitan positif antara kaya nya dia dengan kerjaya politik sebagai MB dan menteri. Rasmi( nature) kaitan tersebut, mungkin boleh dibincangkan dimasa lain. Penyelidik dari bidang statistik dan econometrics boleh lah buat kajian kaitan antara kerjaya politik dan kekayaan.
Hari ini kita hendak cakap mengenai koperasi permodalan felda (KPF)- jentera pelaburan bagi pihak peneroka. 112,000 peneroka. 220,000 ahli koperasi.  Pemilik 51% Felda Holdings( dahulu), memiliki kadang2 lebih 70% dalam beberapa syarikat.
Kebanggaan orang Felda. Seluruh negara. Kecuali yang diharamjadahkan oleh Najib. Mereka lah jebat si anak tani.
Hari ini, tidak lagi mampu membayar dividen seperti dahulu2 dalam belasan peratus. Hari ini terpaksa jual asset satu demi satu untuk terus membayar dividen. Jika tidak, mereka yang dahulu bersetuju memindahkan share KPF kepada FGV akan terdedah menjadi ejen dan barua Isa Samad dan Najib Razak. 
Duit RM2.2 billion mungkin telah lesap. Yang boleh ditunjukkan oleh KPF ialah ladang sawit di Sarawak yang terpaksa ada kos nya. Mengapa KPF tidak buka ladang ala felda disana jika sudah ada ladang besar?
Disini bising sangat hendak buka ladang untuk jenerasi ke2.
Ini  patut jadi bisnes model nya- KPF beli ladang besar dan buka estet ala felda. Jika KPF membeli, maka tanah2 kerajaan yang percuma itu, boleh di mohon oleh anak2 bangsa yang bukan jenerasi ke2 atau ke3 felda.  Kesian lah kepada anak kampong tradisional dan orang melayu yang miskin dalam bandar.
Sekarang nasi sudah jadi bubur. Apabila kamu menyediakan tempat tidur, maka terpaksalah kamu yang tidur diatas nya. KPF sudah tidak ada dan wang mengurang. Lama kelamaan KPF akan hilang semua.
Jika pengurusan KPF dilakukan oleh puak peneroka sendiri, ingat lah Najib tidak memandang kamu sebagai ada potensi. Itulah sebab nya KPF ditendang keluar dari FGV. Dia tahu KPF akan jahanam. Persepsi Najib keatas KPF sebegini adalah penghinaan keatas peneroka sendiri. 
Tapi peneroka kata tidak mengapa. Durian runtuh ada. Tahun ini dengar nya lagi banyak. sebagai umpan pilihanraya. orang Felda jual anak dan bini pun tidak mengapa. 
Tujuan Isa hendak jadi pengerusi KPF ialah untuk menguasai duit yang ada berbilion Ringgit dalam akaun KPF. Bila proksi nya dilantik, ada terma dalam perlantikan itu yang menyebut bahawa pegerusi KPF ada hak untuk membuat keputusan mengenai pelaburan atau perbelanjaan sebagai kata pemutus.
Peneroka tidak nampak bahawa Isa Samad letak proxy dalam KPF. Dia ada hak membuat keputusan akhir. KPF baru sahaja mendapat RM2.2 bilion sebagai imbuhan menyerahkan 51% share nya dalam felda holdings. Tapi isa mahu meletakkan tangan kotornya keatas wang tesebut.
Jadi apa yang diperlakukan keatas RM2.2 billion tersebut? Ada sebuah ladang sawit di Sarawak yang sudah berada agak lama dalam pasaran; harga nya antara RM750-800 juta. Tapi pengerusi KPF memutuskan untuk membeli ladang tersebut sebanyak RM1.2 bllion- kira2 RM400 juta tambahan.
Sudah tentu, ketika ini, Pengerusi KPF yang proxy Isa, menggunakan enterprise value per hectare.
Atau, adakah ini komisyen kepada beberapa orang?
Isa hendak memastikan bahawa setiap sen dari RM2.2 billion jangan dimanfaatkan oleh KPF dan peneroka.
Sesiapa yang hadhir dalam mesyuarat luar biasa meluluskan pemindahan saham KPF kepada FGV akan ingat suasana seperti orchestra mesyuarat tersebut. Seolah sudah diatur- ada kumpulan akan bersorak dan bertepuk tanda sokong, ada kumpulan yang mengeboo bila soalan yang tidak secocok dengan kehendak Isa Samad dimajukan. Ada kumpulan yang buat bising bila se2orang hendak mendapatkan mikrofon.Suasana mesyuarat tersebut macam mesyuarat parti MIC suatu ketika.
Semua sudah diaturkan supaya isa Samad berjaya memindahkan share KPF kepada FGV.
Lebihan wang dari RM2.2 billion tolak belian ladang sawit di Sarawak bagaimana diguna? Kemungkinan besar, lebihan digunakan untuk membeli saham FGV. Bayangkan ini- setelah ditendang keluar, KPF dipaksa membeli saham dalam syarikat yang menendang nya keluar. 
Saya tidak tahu, KPF ini ada maruah atau tidak. Setelah diperlaku demikian dan dihina, masih lagi mahu membeli saham FGV.
Sekarang KPF , setakat ogos 2016 ada 5.8% share dalam FGV. Ia memiliki 211.76 juta saham FGV yang hari ini bernilai RM338.8 juta sahaja. Jika 211.76 juta saham itu dibeli pada harga RM4.55 perbelanjaan KPF ialah RM963juta. Ertinya, KPF rugi atas kertas sebanyak RM 624 juta. Hilang sudah RM624 juta.
Peneroka tidak rasa apa2 kah? Pertama KPF ditendang keluar. Mereka dapat RM2.2 bilion sedangkan pasaran menilaikan pegangan KPF bernilai RM4 billion lebih. Ertinya, dengan RM2.2 bilion, KPF telah melepaskan peluang mendapat wang yang lebih, sebanyak RM2 billion. 
Kemudian, KPF dipaksa membeli ladang sawit Sarawak dengan harga yang tinggi yakni RM1.2 billion. RM400 juta terbang. Wang baki dari RM2.2 billion kemudian nya digunakan untuk membeli saham dalam FGV.
Kadang2 kita merasakan peneroka bodoh ini tidak berhak mendapat pembelaan dari sesiapa. Sebahagian peneroka diharamjadah, tidak ada pun perasaan setiakawan sesama peneroka.
Point yang saya hendak kata- peneroka individu berhentilah berhiba dan mengadu hal2 seperti pertelingkahan kadar perahan, bayaran yang tidak dijelaskan dalam bulan semasa, atau hutang dengan felda. Hutang itu adalah tanggung jawab peribadi.
Cara yang betul ialah menyertai usaha yang lebih besar untuk mengalahkan UMNO dan Najib. Sebabnya Felda, KPF menjadi apa yang mereka sekarang jadi ialah disebabkan angkara durjana Najib Tun razak.Terima lah kenyataan bahawa Felda, FGV dan KPF telah disundal oleh Najib dan geng2 nya.
Sehinggalah orang Felda mengaitkan musibah yang melanda mereka hari ini dengan pemerintah yang ada sekarang dan menyertai usaha lebih besar diluar sana, keadaan orang Felda tidak akan beruba.
Hiduplah peneroka dibawah rejim Perompakrasi! Wawasan UMNO ialah Perompakrasi. Balun selagi sempat! 

Read more...

Saturday, 7 January 2017

Sudahkah FGV bayar FELDA dan sudahkah FELDA bayar EPF?



Peneroka mesti ada rasa kasih keatas institusi FELDA itu sendiri. Mereka mesti jaga ia daripada digasak dan dilanyak oleh pemimpin politik. Sejak megambil alih tanggungjawab keatas FELDA bermula dalam tahun 1997 ketika menjadi menteri pertahanan lagi, Najib telah melihat FELDA sebagai suatu objek untuk digunakan menjana duit.
FELDA pinjam RM6 bilion atau lebih dari KWSP atau EPF. Apa dia buat dengan duit itu? FELDA , melalui FGVH ketika itu, syarikat 100% milik nya pun, membeli beberapa kilang di Amerika yang dikenali sebagai Twin Rivers Technologies. Kilang2 ini menghasilkan antara nya lelemak protin.  Pembelian ini pun amat mencurigakan. Hasilnya, FELDA kerugian beratus juta dollar Amerika.
Najib mesti bertanggung jawab keatas ini seperti juga pihak pengurusan pelaburan ini.
Peneroka mungkin lupa mengenai hal ini. Bila FELDA meminjam wang, peneroka pun turut terbabit, sebab mereka adalah pemilik 51% share dalam FELDA Hodings. Dan FELDA induk, dapat aliran tunai dari FH. Bila dia pinjam, maka FELDA mendedahkan kedudukan kewangan FH kepada pemberi pinjaman dan kreditor2 yang lain.Tanpa disedari, peneroka felda subsidise kebodohan, kecuaian dan mungkin salah laku pihak pengurusan pelaburan. Najib pun tidur seperti Pak Lah. Atau dia tidur as long as duit masuk besusyun susyun.
Jangan lupa, bukan sahaja FGV sebagai pemegang 49% yang menanggung risiko, tapi juga peneroka yang tidak ada kaitan dengan FGV pun menanggung risiko apabila FELDA induk terpaksa hantar duit setiap bulan kepada pelaburan bodoh yang dilakukan oleh FGV.Lebih banyak wang Felda hantar, maka berkurang wang untuk dibelanjakan keatas tanggungjawab sosial Felda keatas peneroka.
Ertinya, penganiayaan terhadap amanah yang diberi oleh peneroka kepada FELDA sudah dicabul oleh pemimpin politik terutama Najib razak yang bertanggungjawab meluluskan setiap keputusan pelaburan.
Berbalik kepada cerita asal. Bagaimana FELDA melalui FGV berada dalam keadaan ini? Untuk beberapa tahun 3 orang broker mat salih beroperasi diMalaysia untuk menjual beberapa kilang milik Procter and Gamble. Mereka telah pergi membuat presentation kepada beberapa syarikat seperti tabung haji, sime darby dan lain2 lagi untuk menjual kilang industry hiliran minyak sawit.
Tidak ada seorang pun hendak beli.
Sehinggalah tiba kepada FELDA. Pada mulaya, FELDA sendiri pun tidak hendak beli. Tapi bila PM kita, orang yang tidak berapa smart ini pergi ke America dan dipengaruhi oleh penceritaan baik2 mengenai industry bioteknoloji, maka dia announce FELDA akan beli kilang 2 ini.
Tapi apa yang peneroka tidak tahu, kilang2 oleh Procter and gamble ini sudah di mothballed lama. Mothballed ertinya lama sudah tutup dan tidak beroperasi.
Broker 3 orang yang kita sebut diatas, melata diseluruh dunia hendak jual kilang2 ini dan saya diberitahu, ada jentera dalam kilang2 ini dibungkus dengan plastik dan tidak lagi beroperasi, tapi FELDA malalui FGV hendak beli jugak.
Kenapa? Sebab Najib razak bos kepada bos FELDA mahukan ia terjadi. Sebab boleh dia istihar bahawa Malaysia sekarang memasuki sector bioteknoloji, sector hiliran minyak sawit dan memasukui bidang biodiesel.
Sudahlah broker ini dapat komisyen dari penjualan tersebut, mereka telah membeli setiap sorang 5% share dalam kilang yang hendak dijual itu. Dan kemudian nya, bila FELDA hendak menyempurnakan pembelian ini, mereka terpaksa membeli 15% milik broker tadi.
Broker2 tadi buat duit 2 pusingan. Pusingan pertama ketika berjaya menjual kilang2 itu kepada FELDA yang bodoh dan pusingan kedua, dapat duit bila FELDA yang kali kedua bodoh, membeli saham milik mereka yang ada didalam.
Lebih memeranjatkan dengan penjualan satu daripada 3 kilang itu, FELDA masuk perangkap bohong oleh broker tersebut. Apabila transaksi pembelian tamat, broker2 tadi memberitahu bahawa, satu daripada kilang tersebut telah mengambil grant sebanyak USD7 million dari kerajaan Canada. Pemberian grant in datang dengan beberapa syarat.
Syarat nya ialah kena membina satu kilang pengeluaran biodisel di negara Canada. Masaalah pokok ialah, jika melihat lokasi kilang, tidak ada orang yang ada bisnes sense yang paling minima sekali pun, akan mahu membina kilang tersebut. Ia nya terletak jauh dari sumber bekalan feedstock yakni bahan yang deperlukan untuk menghasilkan produk. Feedstock terpaksa dihantar kepada kilang dengan kapal, atau keretapai atau lori. Oleh kerana kilang terletak dibahagian barat Great Lakes sedangkan sumber bekalan feedstock terletak di sebelah timur, FELDA memutuskan menghantar dengan kapal. Masaalah nya, ialah Great Lakes beku selama 8 bulan dalam setahun dan ada ruang menghantar dalam masa 4 bulan sahaja.
Bayangkan, berapa buah hantaran kapal yang mesti dilongokkan dalam masa 4 bulan dan berapa bayak ruang stor atau simpanan yang mesti disediakan.
Tapi kerana perjanjian pengambilan grant itu ketat, maka FELDA terpaksa mencekau wang untuk membina kilang tesrebut. Kilang di bina dengan harga USD135 juta.
Tapi bila siap tidak boleh beroperasi sehingga beberapa pembangunan tambahan dibuat. Kos tambahan ialah USD205 juta. Jumlah kos ialah USD340 juta atau pada ketika itu, Dolar Amerika ialah RM3.50 kepada USD1, menjadkan kos pembinaan kilang dan infrastrukturnya, menjadi RM1.19 billion. Atau jika pertukaran ketika itu ialah RM3.8  pada USD1, maka kos kilang di Canada menjadi RM1.29 bilion.
Saya kena tulis hal ini, sebab ketika sesudah terpaksa membina kilang tersebut, bos kepada bos FELDA, Najib Tun razak kata, biar diam dahulu-kita jual kemudian. Terpaksa jual kerana kilang itu tidak feasible . akhirnya kilang di Kanada dijual pada RM650 juta. Antara tidak feasible ialah kerana lessen pengeluaran tidak ada.
maka gegak gempita PM najib kata kita sudah jual dan buat untung. Sampai kehari ini, kerugian tersebut disembunyikan.   Atas deal in sahaja sudah rugi RM500 juta.
Jadi pelaburan yang dilakukan oleh FELDA melalui FELDA Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technoligies USA, TRT-ETGO Canada, FGV Middle East dan FGV Arabia semua mengalami kerugian. Kerugian nya bukan setakat RM500 juta yang dinyatakan.
Kerugian2 ini yang terjadi kerana keputusan pelaburan yang bodoh telah disembunyikan oleh keuntungan dari hasil penjualan minyak sawit CPO. Iaitu melalui hasil 49% share dalam FELDA Holdings. Bererti hasil minyak sawit CPO lah yang memsabsidi kerugian yang dilakukan oleh FGV.
Dan bagaimana FELDA mahu membayar hutang yang diambil dari KWSP? Sehingga hari ini FELDA membayar ratusan juta faedah keatas hutang2 yang diambil nya.
Kilang2 nya dibawah Twin Rivers Technolgies yang memproses lelamak protein adalah pelaburan yang paling teruk dilakukan oleh FELDA, seperti yang kita sebut diatas, kilang tersebut sudah ditutup lama oleh Procter and Gamble. Kilang2 ini sendiri menyedut wang dari Procter and gamble sebab walaupun tidak beroperasi, kena tanggung bayar gaji kepada perkerja. Bila FELDA ambil alih, mereka terpaksa ambil alih mennaggung perkerja. Setiap bulan FELDA kena hantar wang kepada kilang2 ini untuk bayar gaji buta.
Dan yang paling teruk ialah, FELDA hanya beli kilang sedangkan lesen pengeluaran sudah ditamatkan. Ada suatu produk lelemak protein yang konon nya berjaya mengurangkan kegemukan atau obesity merupakan satu produk hasil kilang tersebut. Apabila kemudiannya, produk ini mendatangkan kesan sampingan negative kesihatan kepada pengguna, Procter and gamble segera memberhentikan pengeluaran, menyelesaikan compensation dan pertelingkahan2 mahkamah and package penjualan kilang ini untuk FELDA. Bila FELDA beli, lesen pengeluaran produk ini telah ditarik balik. FELDA beli kilang hantu yang tidak boleh beroperasi.
Siapakah yang bertanggung jawab keatas pelaburan lintang pukang FGV ini? Dibawah akta FELDA, kesemua pelaburan kumpulan FELDA mesti mendapat kelulusan menteri yang bertanggung jawab keatas kumpulan FELDA. Semenjak 1997, menteri nya ialah Najib razak.
Najib razak dan pengurusan yang bertanggung jawab keatas pelaburan di Amerika dan Canada mesti diambil tindakan kerana sama ada mereka cuai, mereka tidak competent atau sengaja berbelanja sakan duit FELDA- mereka mesti bertanggung jawab keatas pengurusan kewangan keatas pelaburan2 tersebut. Kenapa? Sebab wang itu dipinjam dari EPF yag merupakan wang tabungan rakyat.
Pihak EPF pun mesti bertanggungjawab atas pinjaman ini. Kita beri warning kepada EPF, walauun tidak pernah gagal memberi dividen kepada pencarum, ianya tidak mengecualikan EPF dari berhemah menggunakan wang simpanan perkerja.

Read more...

Friday, 6 January 2017

Angkara durjana Najib- dari 1MDB ke FGV



Ada berita Najib sebut dia akan pulangkan RM2.6 billion kalau dia menang PRU14.
 ??? ertinya, dia mengaku dia ambil RM2.6 billion. Dengan wang siapa dia akan pulangkan? Tentu bukan dengan duit sendiri. Dengan memalsukan harga2 projek yang diberi kerajaan? Itu maknanya, curi duit dol beri kepada samdol.
Rakyat yang cerdik sudah tahu cara Najib dan menteri2 nya curi duit. Mana2 projek akan ditambah dengan komisyen yang diidamkan. Contoh: jika kos ERL ialah RM46 billion, tapi dia mahukan RM9 billion- kos itu ditambah menjadi RM55 billion. RM9 billion boleh bayar RM2.6 billion dan ada lebih untuk membiayai pilihanraya. 
Kemudian beri cerita bohong kepada rakyat- RM46 bilion kos pembinaan sahaja- tidak termasuk kos pengambilan tanah dan lain2.
Mustahil angka RM46 billion iti disebut tanpa melakukan costing dan memasukkan perkara2 seperti kos tanah dan kos pelbagai yang lain.
Benar, ianya jumlah yang dipinjamkan oleh China, tapi keajaan akan bayar bagi pihak rakyat. Ini mungkin dicapai dengan menjual asset negara- tanah, sumber2 asli. Adakah Najib peduli hal ini? Dia tidak peduli kerana sekarang, dia terdesak membayar kembali wang yang dicuri melalui 1MDB, SRC dan entah mana lagi, termasuk Felda.
Najib rasuah. Najib mencuri duit 1MDB. Curi duit SRC. Duit Felda duit GLC2 lain. Najib bohong berulang kali. Najib tidak boleh di beri amanah. 
Diberi kepercayaan, dia menipu kita. Diberi kuasa dia guna kuasa untuk menindas diberi kekebasan, dia bebas mencuri dan melakukan apa sahaja.
Jika Najib mewakili bangsa Melayu- maka bangsa Melayui itu kaki bohong, tidak boleh dipercayai, tidak amanah, suka berbohong dan menekan orang lain.
Inikah bangsa Melayu yang lemah lembut dan berbudi perkerti dan beragama Islam? Jika demikian, semua pujian kepada bangsa kita ialah pujian pada diri sendiri dan fantasi.
Maka jangan kita biarkan Najib dan UMNO mewakili bangsa Melayu. Bahkan tidak ada parti pun yang boleh mewaikili kita. Kita mesti tegaskan kermerdekaan minda kita dan memandangkan kerajaan hanya sebagai suatu wadah mencapai matlamat masyarakat yang tidak boleh dicapai secara sendirian.
Ingat tak bila FGV dicadang disenaraikan- PM kata, FGV akan mempunyai rakan kongsi pelabur asing yang mempunyai strong global presence? Well, kata orang putih- itu semua bullshit. Hari ini, hampir 90% saham FGV dimiliki oleh pelabur tempatan yang tidak ada nama lansung dalam dunia. Jadi pelabur asing yang ada global presence hanya kelentongan Najib.
Akhir tahun,2016, dividen ialah 2 sen. Jika peneroka masih simpan 800 unit saham FGV, dia dapat dividen RM16. Dia bayar pinjaman ke Felda pada kadar RM50 sebulan iaitu RM600 setahun. Masuk RM16, keluar RM 600. Inilah pelaburan yang baik yang dijanjikan oleh Najib.
Harga runcit saham ketika diapung ialah RM4.55. pada kemuncak nya, saham melonjak naik hingga RM5.30. pemain2 yang memegang jutaan saham sudah pun menjual saham mereka dan meraih jutaan Ringgit untung dari bermain saham. Inilah pulangan atas pelaburan asal sebanyak RM3600.
Tapi mereka yang pegang saham tersebut , tersadai dengan saham yang berharga RM1.50—RM1.60. Felda sendiri ada 730 juta saham. Jika dividen 2 sen, pulangan pelaburan kepada Felda ialah RM14.58 juta. Dicampur dengan RM585 juta( yakni hasil kongsian bersama, felda ada 599 juta.  campur dengan RM250 juta, Felda dapat 849 juta.
Katalah akhir tahun 2016, Felda dapat RM1 billion. Tapi ianya masih tidak cukup untuk mengurus tanggung jawab social nya keatas peneroka. Ia masih memerlukan RM1.9 bilion untuk mengurus felda- pengurusan, perbelanjaan keatas  peneroka, belanja tanam semula oleh peneroka.
Daripada mana felda akan dapat sumber pembiayaan?
Dari tahun 2013 sehingga 2016, keuntungan FGV menurun sehingga menjadi kerugian RM98 juta tahun 2016. Dan antara sebab yang dikatakan penyumbang kerugian ialah land lease agreement antara FGV dan Felda iaitu kena bayar sewa RM250 juta setahun.
Apakah FGV , seperti sebahagian besar masyarakat, mahu berniaga dengan kosong kos? Hendak dapat tanah sawit free?
Ini bermakna Felda , institusi kerajaan yang menjalankan tanggung jawab social akan tersekat menjalankan kewajipan nya. 70% pendapatan Felda dahulu datang dari sector perladangan. Jika ia kekurangan RM800 juta setahun, bagaimana ia mahu menjalankan kewajipan sosial nya? 
Membina jalan kampong, menurap jalan, membaiki kemudahan sosial- balairaya, dewan orang ramai , membaiki surau dan masjid dll. Bererti kawasan rancangan Felda akan jadi tumpuan perbelanaan kebajikan yang besar. Ini akan menyedut  belanja dari perbendaharaan.

Kedua, ingat tidak janji Najib bahawa investment arm peneroka iaitu KPF akan menjadi pemegang share terbesar dalama FGV? Lagis ekali- bohng dan tipu. KPF hari ini hanya ada 5.8% share dalam FGV.
Ertinya, peneroka kena tipu hidup2.
Ingat atau tidak bahawa FGV sebelum disenaraikan ialah 100% milik Felda. Jadi apabila FGV ambil alih Felda Holdings, sebetulnya, Felda sendiri ambil alih felda Holdings dan membuang KPF. 
Ertinya, felda tidak mahu kehadiran KPF dalam FGV yang disenaraikan. Buat menyemak sahaja dengan budaya koperasi yang memerlukan satu kampong untuk membuat suatu keputusan. Cara ini tidak baik untuk bisnes bertaraf global presence.
Fakta ini peneroka tidak sedar. Sebab mereka ingat, KPF akan dapat durian runtuh selepas penyenaraian dan untung akan diagihkan kepada ahli KPF. Ia tidak terjadi.

Apa yang dimilik oleh KPF dalam Felda Holdings Bhd- hilang dengan angkat tangan. 360,000 hektar sawit dalam FPsb hilang. Puluhan syarikat yang mendapat untung terlepas dari KPF.  Peluang untuk terus membeli sawit dari peneroka sekarang ini jatuh dalam tangan FGV. Itupun ada economic value.
Melalui FGV- Felda nyahkan KPF, ambil alih semua harta dan Felda Holidngs dan hak membeli saiwit peneroka.
Siapa yang menasihati Najib dan dibayar lumayan pula , terbukti bukan pemikir stratejik. Daalm kes felda/fgv /kpf/felda holdings misalnya- asset2 startejik sepatutnya diletak dalam tangan KPF. Hampir semua ahli KPF itu Melayu dan meletakkan asset stratejik dalam tangan mereka menjamin pendapatan yang tinggi. Sebaik sahaja asset stratejik terlepas, bukan sahaja susah untuk diambil balik, kos nya tentu tinggi.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP